Tips kurangkan keguguran rambut
Assalamualaikum reader,
Akhir-akhir ni aku ada masalah sikit dengan rambut ni. Sebenarnya bukan akhir-akhir ni, dah lama dah aku ada masalah ni. Cuma sekarang ni makin teruk pula aku rasa. Makin banyak rambut yang gugur. Sehari je bukan dua tiga helai yang gugur. Banyak gila yang gugur, lebih 10 helai aku agak.
Disebabkan aku dah tension dengan masalah ni, baru sekarang aku search kat google cara nak mengatasi masalah ni.
Tips untuk kurangkan keguguran rambut:Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda, tumbuk hingga lumat. Kemudian gosokkan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering. Kemudian bilas dengan air suam dan cuci rambut menggunakan syampu yang sesuai.
InsyaAllah aku cuba lepas ni dan harap-harap kurang la rambut gugur. Mak dengan abah dah bising bila tengok kat lantai ada banyak rambut aku yang gugur. Abah sampai suruh aku pakai sarung kepala, macam anak tudung yang mak cik-mak cik yang selalu pakai tu. Oh tidak, aku tak kan pakai! Duduk rumah je pun, alahai.
Selain tu, aku cari juga punca dan jenis masalah keguguran rambut ni. Meh sini nak share sikit :D
Jenis-jenis keguguran rambut:Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness).
- Androgenetik alopesia
Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:
- testosteron - (hormon lelaki).
- usia - selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
- keturunan - biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.
Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa pakar yang arif untuk merawat penyakit ini. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya. Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannyaMasalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
- Alopesia areata
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
- Telogen effluvium
Punca-punca keguguran rambut:
- Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
- Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
- Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
- Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
- Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
daripada Banu Priya Balachandran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan