Khamis, 27 Jun 2013

Keibubapa

Keibubapaan atau parenting hari ini tidak sama dengan zaman dahulu. Perubahan yang mendadak di dalam keadaan hidup kita ibarat tsunami yang memberi kesan bukan sahaja tentang corak pekerjaan kita, malah apa yang berlaku di rumah kita. Anak-anak zaman ini mempunyai ciri-ciri perwatakan yang juga berbeza.

Apa yang telah terjadi kepada masyarakat Malaysia hari ini? Kita sering dipaparkan dengan berita perbalahan atau pergaduhan baik di peringkat bawahan hinggalah ke peringkat pemimpin. Gejala sosial seperti samseng jalanan (a.k.a. mat rempit), samseng sekolah (a.k.a. kaki buli), bohsia, penagih rokok, penagih dadah, penagih gam dan seumpamanya akan dikatakan berpunca daripada kesilapan ibubapa dalam mendidik dan menangani disiplin anak-anak. Sebenarnya, siapakah yang bersalah hingga kita melahirkan dan membesarkan generasi seperti ini?

Ada kalanya ibubapa menggaru kepala mencari jawapan bagaimana hendak menyelesaikan pelbagai masalah yang asing yang tidak pernah wujud pada masa ibubapa itu sendiri membesar. Sekurang-kurangnya, jika ibubapa pernah melalui masalah yang sama, mudahlah sedikit untuk mengatasinya. Itulah antara sebabnya mengapa kita patut menyarankan agar ibubapa diberi ilmu keibubapaan yang tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Berapa ramai di antara kita yang mahu melaungkan masa membaca buku-buku keibubapaan atau menghadiri kursus-kursus keibubapaan? Berapa ramai pula di antara kita yang pandai-pandai sendirilah berfungsi sebagai ibubapa, tanpa mendapat panduan yang sesuai tentang keibubapaan?

Di samping itu, oleh kerana kedua ibubapa bekerja, maka satu polisi dan program diwujudkan supaya anak-anak tidak dipajak-gadaikan di merata-rata dan diberi peluang untuk memperolehi kasih-sayang dan layanan yang sebaik-baiknya. Jambatan, lebuh raya dan bangunan tinggi mampu kita jaga, tetapi anak-anak, kita biarkan. Ilmu yang ada tidak diamalkan bergitu juga dengan budi bahasa. Di mana-mana pun kita perhatikan keadaan seperti ini wujud.

Kesan sosial

Setiap hari kita lihat keadaan semakin buruk. Apabila ada seseorang membuat keputusan untuk keluar rumah untuk bekerja dan meninggalkan tugas asas sebagai isteri, ibu dan surirumah, seharusnya ada polisi dan program siapa pula yang akan menjalankan tugas-tugas ini? Dalam pada itu, kita juga seharusnya memberi penekanan tentang waktu kelahiran dan dalam masa 6 bulan pertama seseorang anak. Masa ini apat penting sekali bagi pembangunan anak kerana daripada waktu itulah otak dan sistem sarafnya amat pesat membangun. Kalau dulu kit aniasa mendengar risiko melahirkan anak dengan sindrom Down sekiranya hamil selepas umur 40 tahun, tetapi kini sudah ada ibu berusia bawah 25 tahun melahirkan anak pertama dengan masalah ini, akibat stress atau tekanan yang dialami ibu di tempat kerja di samping faktor sukar melahirkan, mengalami pembedahan dan juga mengambil berbagai ubat sewaktu mengandung. Anak juga tidak dapat diberikan susu ibu kerana ibu terpaksa bekerja lepas dua bulan dan susu ibu pula digantikan dengan susu lembu. Aduhai… natijahnya ramailah generasi sekarang berpenyakit sosial… Ngeri rasanya bila saya fikirkan bagaimanakah anak-anak saya di zaman mereka remaja nanti, apabila sepuluh tahun hadapan….?

Saya masih belajar menjadi ibu yang sempurna untuk anak-anak saya. Saya akui, masih banyak kekurangan yang perlu saya tampung kerana bukan satu tugas yang mudah untuk saya menjadi seorang ibu yang sempurna untuk anak-anak. Hari ini saya ingin kongsikan tips untuk berjaya dalam keibubapaan yang saya titikan daripada Puan Rozieta Shaari, pakar pembangunan modal insan di Al Advancement of Human Potential. Semoga kita sama-sama belajar menjadi ibubapa yang berjaya melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akhlak, di dunia


kalai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan