Isnin, 26 Ogos 2013

Puisi Karna kamu


 
Sebenarnya aku tak merasa sakit hati
namun mengapa dalamnya mampu ku selami
saat kau membagi hati
sesungguhnya cinta ini tak harus memiliki
namun mengapa air mata
ku tahan hingga pergi
sungguh aku tak mengerti
karna kamu aku begini
dan puisi ini tercipta karna kau begitu
begitu tega padaku
apakah kau memang tak punya hati ?…
Untuk memberi iba padaku
setidaknya tuk jujur mengakui
bahwa kau tak bisa lagi bersamaku
hingga membuat lidah ku kelu,nyeri dihatiku
ngilu dan pilu dijiwaku
bila kau sadari aku yang terbaik
karna memang kamu yang teridah disisi

A.Kalai

pantun

JOM KITA BERPANTUN....SILA...O...SILA..
A.Kalai

pantun perpisahan

BERHEMBUS BAYU ANGIN MENGILIR
SEJUKNYA SAMPAI KEUJUNG POHON
SAMBUTLAH SALAM PESAN TERAKHIR
KUSAMPAIKAN LEWAT UNTAIAN PANTUN.
HENDAK MENEBANG NIBUNG BERDURI
DIBUAT PAGAR TEPI PERIGI
PANTUN DIKARANG MELEPAS DIRI
ENTAHKAN BILA BERJUMPA LAGI.
ORANG MENTIGI MENGAIL TENGGIRI,
TENGGIRI DIJUAL DALAM PEKAN
KAMI YANG PERGI MEMOHON DIRI
SILAP DAN SALAH MOHON DIMAAFKAN.
DARI TUNGKAL PERGI SIANTAN
SINGGAH BERLABUH DI KUALA MARAS
SELAMAT TINGGAL HANDAI DAN TOLAN
KITA BERPISAH KARENA TUGAS.
KALAU TIDAK KARENA UNGGAS
TIDAKLAH RUSAK PADI DISAWAH,
KALAULAH TIDAK KARENA TUGAS
TIDAKLAH KITA AKAN BERPISAH.
TANJUNG SAUH DI PULAU BINTAN
TEMPAT BERLABUH ORANG PENYENGAT.
BERPISAH JAUH BERCERAI BADAN
SAHABAT HANDAI TETAP KUINGAT
GUNUNG BINTAN LEKUK DITENGAH
SAYANG PENYENGAT KUBUNYA TIGA.
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH.
BUDI KUSANJUNG KUINGAT JUGA.
BUNGA KEMBOJA PUTIH BERSERI
PUTIHNYA MELUR DIUJUNG DAHAN
ATAS KERJASAMA DAN BANTUAN YANG DIBERI
PUJI SYUKUR DAN TERIMAKASIH KAMI UCAPKAN.
KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAU LAH ADA UMUR PANJANG
INSYA ALLAH KITA KAN BERJUMPA LAGI.

A.kalaivani 

PANTUN : MERDEKA KE - 5


Pergorbanan pejuang jangan diluka,

Bumi bertuah penuh keamanan,
Lima puluh lima tahun kita Merdeka,
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sikap integeriti perlu amanah,
Budi bahasa dan budaya perlu dijaga,
Sejarah Malaysia satu khazanah,
Jangan dilupa wahai generasi muda..

Banu Priya Balachandran

Jalur Gemilang with lyrics... Banu Priya Balachandran

Isnin, 19 Ogos 2013

5 Lagu Patriotik Malaysia Terbaik

Walaupun hari kebangsaan masih jauh lagi namun semangat cintakan negara tidak harus pudar di hati setiap warganegara Malaysia. Sesungguhnya kita selaku warganegara yang bertanggungjawab selain dari bangun berdiri ketika lagu Negaraku dimainkan, kita juga harus tahu lagu-lagu yang memberi semangat cintakan negara. Maka atas dasar kesedaran ini Jiboneus mempersembahkan senarai lima lagu patriotik terbaik yang anda boleh dengari untuk menyemarakan lagi semangat kenegaraan anda.

 


Selasa, 13 Ogos 2013

NESPRAY Dunia Ceria

     

B.Banu

sahabat - najwa latif ft syam kamarul n sleeq

   
kepada sahabatku....:)

B.Banu

Cita-cita Setinggi Tanah

 

yang pentingnya usaha......

B.Banu

Bukti Kekuasaan Allah : Kanak-kanak 2 Tahun Fasih Mengaji Al-Quran

     

pandainya.......


Kalai Naidu


Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Parit, Kuala Pilah


Cetak
KUALA PILAH: Sebuah rumah di Kampung Parit, Jalan Seremban Lama di sini, musnah dalam kebakaran hari ini. 

Ketika kejadian pada jam 2.40 petang itu, penghuni rumah itu tiada di rumah. 
Dua jentera dengan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Bahau mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk memadamkan api, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Jaafar Yusof. 


Punca kejadian dipercayai kecuaian manusia dan jumlah kerugian dianggar lebih RM70,000, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kalai Naidu

http://www.bharian.com.my

Jangka hayat bertambah punca pencen tak cukup

Dua cabaran utama sistem pencen Malaysia ialah jangka hayat rakyat negara ini yang semakin panjang dan terhakisnya struktur keluarga tradisional.

Kaji selidik Allianz Asset Management berhubung sistem pencen negara ini mendapati, sejak 1950-an, purata jangka hayat rakyat negara ini meningkat ketara, daripada 54 tahun kepada 73 tahun bagi lelaki, dan 56 kepada 77 bagi wanita. 
Ketua Pencen Antarabangsa di Allianz Asset Management AG, Brigitte Miksa, berkata jangka hayat yang lebih panjang itu mendedahkan pesara dengan ketidakcukupan aset untuk membiayai sisa hidup mereka dalam tahun-tahun tambahan berikutnya. 


Kombinasi simpanan persaraan yang tidak mencukupi dan jaringan keselamatan sosial yang longgar, katanya menyebabkan golongan tua amat bergantung kepada ahli keluarga untuk meraih sokongan.

“Sekitar 60 peratus pesara di Malaysia hari ini bergantung kepada sokongan ahli keluarga. Bagaimanapun, dengan kadar kelahiran yang menurun, serta faktor urbanisasi sokongan padu ahli keluarga turut berubah.

Sistem pencen negara

“Perubahan demografi dan rangkaian sosial yang tidak mencukupi pula mengancam menarik turun garis kemiskinan golongan ini jauh ke bawah lagi,” katanya dalam taklimat media membentangkan hasil kaji selidik Allianz 2013 berhubung sistem pencen di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 
Reformasi sistem pencen negara baru-baru ini yang bertujuan menambah baik simpanan persaraan menyaksikan penstrukturan semula ke atas sistem tunggak tunggal yang dimonopoli di negara ini sejak 60 tahun lalu, kepada sistem pencen pelbagai tunggak.

Sebagai maklum balas kepada jangka hayat yang semakin panjang, Parlimen tahun lalu meluluskan undang-undang menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun daripada 55 tahun.

Ia bertujuan menjadikan penabungan pencen lebih berkesan dengan meningkatkan lagi nilai tabungan dan mengurangkan risiko hidup lebih lama daripada jangkaan.

Dalam tahun sama, Skim Persaraan Swasta (PRS), tunggak pelaburan ketiga, diperkenalkan, sekali gus menyaksikan peralihan Malaysia kepada skim sistem pencen pelbagai tunggak.

Miksa menyifatkan langkah lebih komprehensif ke arah sistem pencen yang lebih memadai ialah peralihan daripada penggantungan kepada sistem tunggak tunggal kepada sistem pelbagai tunggak dengan penubuhan skim persaraan sukarela berkenaan.


Kalai Naidu

http://www.bharian.com.my

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini dengan prestasi dolar yang kukuh, dirangsang oleh sentimen runcit AS yang menggalakkan, kata peniaga. 

Ringgit disebut harga pada 3.2570/2600 berbanding dolar AS daripada 3.2470/2500 semalam. 
Seorang peniaga berkata, ringgit turut terjejas oleh tekanan jualan dengan permintaan yang meningkat untuk dolar Singapura. 


Beliau menambah kedudukan dolar juga akan mempengaruhi Rizab Persekutuan untuk mula mengurangkan program rangsangannya. 

Mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.5763/5807 daripada 2.5735/5763 semalam dan lebih tinggi berbanding yen pada 3.3275/3313 daripada 3.3582/3630 sebelumnya. 

Ringgit turut rendah berbanding pound Britain kepada 5.0405/0465 daripada 5.0267/0323 pada Isnin dan merosot berbanding euro pada 4.3331/3378 daripada 4.3205/3248. 

- BERNAMA

Kalai Naidu 

http://www.bharian.com.my

Kerajaan Kelantan minta MKN jelaskan tahap keselamata

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi taklimat mengenai tahap keselamatan di negeri ini supaya pendekatan berkesan dapat diambil bagi membendung kejadian jenayah. 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata beberapa kejadian jenayah membabitkan senjata api yang kian membimbangkan boleh menjejaskan keselamatan orang awam serta menakutkan mereka. 
"Ia turut memberi kesan kepada aktiviti pelancongan di negeri ini yang boleh menjejaskan pendapatan ekonomi negeri," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini. 


Ahmad diminta mengulas kejadian seorang kerani sekolah rendah kebangsaan, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuan kenderaan MPV di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat, Ahad lalu. 

Ahmad berkata, kerajaan negeri menyokong cadangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi mewujudkan zon keselamatan eksklusif di beberapa kawasan di negeri ini. 

"Pada dasarnya kita bersetuju tetapi kita perlu dapatkan maklumat daripada pihak lain mengenai cadangan tersebut," katanya. 

Beliau berkata, penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan sempadan Kelantan-Thailand perlu menjadi "mata dan telinga" dengan memberi maklumat berkaitan jenayah dan penyeludupan kepada pihak keselamatan. 
"Keadaan sempadan negeri Kelantan yang panjang dan Sungai Golok yang sempit membolehkan aktiviti penyeludupan berlaku dengan mudah," katanya. 

Mengenai saranan supaya setiap negeri mewartakan fatwa anti-syiah, Ahmad berkata "kita mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah maka dengan sendirinya fahaman lain tidak boleh terima". 

Beliau berkata, secara automatik Kelantan menolak fahaman Syiah ini bagaimanapun pihak mufti negeri ini boleh mewartakan fatwa berkenaan. 

- BERNAMA


Kalai Naidu

http://www.bharian.com.my